USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

36

Dollar Yen melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥109.08 sebelum menutup sekitar paras ¥109.00; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada laporan ekonomi AS yang memberansangkan Jumaat lalu dan kemungkinan campur tangan Bank of Japan dalam masa terdekat bagi mengawal kenaikan lebih 11% nilai Yen yang tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

Sebelum daripada ini, minit dari mesyuarat dasar Feds pada 15-16 Mac mencadangkan bahawa Bank Pusat AS itu nampaknya tidak mungkin untuk menaikkan kadar sebelum bulan Jun disebabkan oleh kebimbangan yang meluas di kalangan pembuat dasar terhadap keupayaan Feds yang terhad untuk melawan tamparan kelembapan ekonomi global. Minit menunjukkan perdebatan tentang kemungkinan meningkatkan kadar pada bulan April dengan beberapa pegawai Feds memberikan alasan bahawa halangan kepada pertumbuhan mungkin akan terus berlarutan, dan ramai yang menggesa supaya berhati-hati dalam menaikkan kadar.

“Walaupun minit mengesahkan bahawa terdapat banyak ketidakpastian dalam Jawatankuasa FOMC mengenai prospek ekonomi AS, dengan risiko cenderung ke arah bawah, ia adalah jelas bahawa kenaikan kadar kini berada dalam agenda setiap mesyuarat,” menurut penganalisis di Rabobank berkata dalam nota kepada pelanggan, sambil mengekalkan ramalan mereka untuk dua kenaikan kadar pada tahun ini, kemungkinan besar pada bulan Jun dan Disember.

“Ia akan memerlukan kemerosotan yang ketara dalam prospek ekonomi AS untuk ahli Jawatankuasa FOMC mengeluarkan lebih banyak kenaikan kadar dari trajektori rancangan mereka untuk 2016,” tambah Rabobank lagi. Berbeza dengan Feds, Bank of Japan pula membahaskan tentang ransangan tambahan pada mesyuarat 27-28 April lalu, kerana data ekonomi Jepun baru-baru ini telah gagal untuk mengukuhkan jangkaan BoJ bahawa pemulihan ekonomi yang sederhana akan meningkatkan inflasi ke arah sasaran 2%.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi bulan April yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.3% dan permit bangunan yang dijangka bertambah dari 1.09 juta kepada 1.13 juta unit.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat