Venus (XVS), PancakeSwap (CAKE) Ungguli Binance Smart Chain

550

Binance Smart Chain (BSC) kini menjadi pilihan kalangan pelabur kripto yang cuba melepaskan diri dari caj transaksi yang mahal di rangkaian Ethereum (ETH).

Dengan perhatian tertumpu kepada BSC, kebanyakan projek DeFi yang beroperasi di rangkaian tersebut menyaksikan lonjakan aktiviti pembelian sejak beberapa minggu ekoran daripada pelabur yang membekalkan kecairan untuk protokol baru dilancarkan.

Salah satu daripada projek tersebut ialah Venus (XVS), pasaran kewangan algoritma dan protokol sintetik stablecoin yang direka khas untuk BSC.

Menerusi rekod, harga XVS melonjak 775% daripada nilai terendah $10.04 pada 2 Februari kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baru iaitu $82.86 pada 18 Februari, didorong oleh peningkatan aktiviti di BSC.

Sama seperti platform MakerDAO (MKR) dan DAI, pengguna Venus boleh meminjam untuk aset mereka dan melombong Vai, stablecoin bagi protokol Venus. Sejak 1 Februari, bekalan VAI telah berkembang sebanyak 360% daripada 42 juta token dalam kitaran kepada lebih 195 juta VAI.

Jumlah nilai terkunci (TVL) dalam protokol Venus telah mencecah $3.54, menjadikan ia protokol DeFi ketujuh terbesar berdasarkan TVL selepas SushiSwap yang memiliki memiliki $3.7 bilion.

Pada masa yang sama, lonjakan harga PancakeSwap (CAKE) menyebabkan token itu menjadi projek billion dolar pertama di BSC.

Untuk pengetahuan, harga CAKE telah melonjak 520% sejak paras terendah, $1.89 pada 3 Februari sebelum meroket kepada $11.12 pada 17 Februari. Ini menjadikan jumlah keseluruhan permodalan pasarannya melepasi $1 bilion untuk kali pertamanya.

Buat masa sekarang, harga gas di rangkaian Ethereum tidak menunjukkan potensi untuk turun dan ini akan menyebabkan pilihan pelabur mendorong perkembangan lebih mampan terhadap rangkaian seperti BSC dan protokol DeFi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat