WOOF! Tiba-Tiba Shiba Inu (SHIB) Melonjak 30%!

547

Memecoin Shiba Inu (SHIB) yang sebelum ini mendapat jolokon ‘Doge Killer’ sekali lagi memaparkan pergerakan agresif. Sepanjang tempoh 24 jam lalu, harga SHIB telah melonjak lebih 30% mencecah puncak harian ke paras $0.00001800.

Penganalisis melihat kenaikan harga Shiba Inu ini adalah disebabkan oleh penglibatan whales besar yang melabur dalam kripto tersebut.

Menurut penyedia data dalam rantaian Santiment, walaupun pasaran mata wang kripto berada dalam keadaan mendatar, Shiba Inu telah membuat gerakan pada minggu ini dengan meningkat lebih 34% dalam tempoh 24 jam disebabkan whales yang sangat aktif terhadap SHIB. Selama 4 bulan terdapat 433 transaksi bernilai $100k+.

Shiba Inu juga kini didagangkan lebih daripada 15% pada harga $0.0000163. Majoriti kenaikan harga di Shiba Inu telah berlaku dalam tempoh 48 jam yang lalu.

Breakout harga pada carta SHIB/USDT telah menunjukkan bahawa harga SHIB boleh menempuh momentum harga seterusnya setelah mendatar untuk tempoh yang agak panjang sebelum ini. Oleh itu, penganalisis melihat Shiba Inu mempunyai potensi yang cukup untuk meningkat 50% lagi daripada pasaran semasa.

Menjelang September 2022, harga SHIB dijangka boleh menuju ke arah $0.00002253 dengan faktor peningkatan harga SHIB juga adalah disebabkan Shiba Inu telah menjadi sebahagian daripada beberapa perkembangan penting sejak kebelakangan ini.

Turut dilihat menjadi faktor menyokong Shiba Inu apabila pada minggu lalu, Binance telah menambah sokongan untuk SHIB pada semua kad pembayarannya yang dikeluarkan di pasaran Eropah.

Ini membenarkan pengguna kad Binance membuat pembayaran menggunakan SHIB di lebih 60 juta perniagaan di seluruh dunia. Pengguna juga tidak perlu membayar kos perkhidmatan serta mendapat pulangan tunai sebanyak 8%.

Adakah situasi ini bakal menjadi pencetus untuk kebangkitan semula kripto Shiba Inu yang pernah menjadi fenomena sebelum ini? Para hodler SHIB pastinya akan kembali teruja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat