WOW! Pengguna COTI Kini Boleh Nikmati Akaun Bank & Kad Debit VISA ‘COTI Pay’

774

COTI mengumumkan bahawa kad debit VISA dan akaun bank COTI telah tiba untuk kegunaan penggunanya.

Sedari awal COTI telah bekerjasama dengan rakan kongsi, Simplex bagi mencapai impian ini.

Seperti yang dijelaskan dalam pengumuman terbaru itu, akaun bank dan kad debit memainkan peranan penting sebagai komponen penting untuk keseluruhan ekosistem kewangan sekitar COTI, termasuk menyediakan hubungan tanpa had antara fiat dan kripto.

Untuk pengetahuan, COTI merupakan yang pertama tersenarai dalam program ini dan komuniti COTI merupakan kelompok pertama yang memiliki kad debit , COTI Pay.

Berikut kelebihan yang pengguna bakal nikmati:

  • Membuka dan memiliki akaun bank menggunakan IBAN (International Bank Account Number)
  • Kad debit VISA, COTI Pay
  • Penukaran kripto kepada fiat, dan membelanjakannya seluruh dunia dengan kad debit COTI sama ada dalam talian atau dalam premis
  • Pengaktifan kad, penerimaan PIN yang lebih selamat, pemeriksaan baki dan transaksi
  • Mengeluarkan tunai daripada ATM, Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications (SWIFT), dan Single Euro Payments Area (SEPA)

Sebanyak 3,000 kad akan diedarkan dalam pusingan pertama kepada mereka yang mendaftar awal. Manakala bagi pusingan kedua, sebanyak 5,000 kad akan diedarkan dalam sebulan lagi.

Mereka yang berminat boleh memohon di laman web rasmi COTI-Simplex.

Bagaimanapun, tawaran kad VISA COTI Pay hanya terbuka kepada Kesatuan Eropah dan United Kingdom (UK).

Khabar ini membawa COTI ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.67. Ketika penulisan, aset ini mencatatkan penyusutan 4.8% dengan nilai dagangan semasa $0.64.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat