3 Kripto Ini Jana Untung Semasa Pasaran Baru Melantun!

696

“Macam boleh naik lagi tapi tak tahu la tiba-tiba terjun pula.”

Pasaran mata wang kripto mula melihat pemulihan daripada pergerakan volatile apabila mencapai jumlah modal pasaran sebanyak $1.1 trilion dalam tempoh 24 jam lalu. Berikut adalah 3 aset digital mencatat keuntungan semasa seluruh pasaran kripto baru meningkat.

Kava (KAVA)

KAVA, platform pinjaman kewangan decentralized (DeFi) cross-chain yang berjaya melepasi $1.10 telah memperoleh lebih 32.47% dalam masa tujuh hari sahaja.

Peningkatan harga itu mungkin berlaku selepas KAVA melancarkan program insentif inovatif digelar Kava Rise yang bernilai $750 juta untuk sesuaikan pembangun paling inovatif merentas DeFi, GameFi dan non-fungible token (NFT).

Kava yang turut memberi insentif kepada validator mereka untuk memindahkan infrastruktur cloud ke Akash Network telah mendorong lebih banyak pelabur membeli aset digital tersebut.

Aptos (APT)

Selepas mencanak 7.16% sepanjang minggu lepas, APT akhirnya menembusi $13 sebelum turun semula pada $12.

APT menyediakan transaksi terpantas di rangkaian utama dengan nilai median masa ke akhir (TTF)* kurang daripada satu saat.

*Dikira dengan membahagikan purata bilangan urus niaga setiap blok dengan masa blok dalam saat

UNUS SED LEO (LEO)

LEO, token utiliti yang dikeluarkan oleh syarikat exchanger kripto Bitfinex memperoleh keuntungan lebih 5.72% dalam tempoh tujuh hari lalu dan kini didagangkan pada $3.37.

Daya tahan LEO semasa kemelesetan pasaran pada 2022 mungkin mampu menyebabkan harganya meningkat lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat