3 Laporan Penting Untuk Anda Ikuti Pada Hari Ini

48

Keputusan & Kenyataan Rasmi RBA (11.30 am)

Rizab bank Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dalam mesyuarat pada jam 11.30 pagi. Sebahagian penganalisis meramalkan kadar akan dinaikkan pada tahun 2018 namun Westpac kekal dengan pandangan bahawa kadar akan dikekalkan.

Kenyataan rasmi akan diteliti bagi mencari sebarang perubahan pada pandangan dasar dan ekonomi tempatan mahupun global. Kebanyakkan data utama bertambah baik termasuk pertumbuhan dalam pasaran burh dan juga GDP suku tahun kedua selari dengan sasaran RBA.

Data PMI Pembinaan UK (4.30 pm)

Semalam UK mengeluarkan bacaan PMI pembuatan yang bergerak perlahan walaupun bacaan masih di atas 50.0, dan pelabur meramalkan data PMI Pembinaan (construction) hari ini turut mengeluarkan bacaan yang sama bagi bulan September.

Indeks pengurus pembelian (PMI) pembinaan UK dijangka jatuh ke paras 50.8 berbanding 51.5 pada bulan Ogos.

Bacaan indeks PMI dikeluarkan diantara angka 0 hingga 100. Jika bacaan melebihi daripada 50.0 menunjukkan pertumbuhan pada aktivit, dan jika bawah daripada itu menunjukkan kelembapan. Oleh itu, jangkaan bacaan 50.8 menunjukkan aktiviti sektor pembinaan menghampiri kelembapan.

Pound jatuh 0.88% berbanding greenback pada hari Isnin.

Tumpuan pada ucapan pegawai Fed (8.30 pm)

Menjelang ucapan Janet Yellen di persidangan abad ke-21 komuniti bank pada Rabu, pelabur akan meneliti lebih dekat ucapan-ucapan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Fed yang lain.

Pada jam 8.30 malam ini, Gabenor Jerome Powell, yang merupakan salah seorang calon yang bakal menggantikan Yellen sebagai pengerusi Fed dijadualkan berucap mengenai pembaharuan regulasi dan pasaran kewangan.

Powell sebelum ini mengulangi kenyataan beliau bahawa Federal Reserve sepatutnya lebih bersabar untuk menaikkan kadar dalam keadaan inflasi yang masih perlahan dan pasaran buruh yang semakin menguat.

Dolar US mengukuh berbanding semua matawang lain pada hari Isnin, dan sebarang data atau laporan yang positif dijangka akan meningkatkan lagi jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh untuk suku tahun terakhir 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat