3 Matawang Kripto Ini Curi Perhatian Pelabur Besar

1,982

Dalam satu laporan terbaru daripada firma analitik kripto, Santiment mendedahkan terdapat tiga altcoins yang sedang menjadi tumpuan pelabur institusi sejak kebelakangan ini.

Bermula dengan Yearn.Finance (YFI), sebanyak empat alamat wallets baru muncul, menjadikan sebanyak 68 wallets memiliki lebih 100 YFI dalam minggu pertama Mac.

Pada masa yang sama, Enjin Coin (ENJ) turut menjadi perhatian dengan lonjakan kadar minat dalam kalangan pelabur institusi. Pemegang lebih 1 juta token ENJ telah melonjak kepada 91 daripada 84 wallets sepanjang minggu lepas.

Begitu juga apa yang berlaku terhadap token Crypto.com (CRO) apabila alamat wallets yang menyimpan lebih 10,000 CRO meningkat daripada 2,521 kepada 2,591 dalam tempoh masa yang sama.

Santiment turut mendedahkan rekod beberapa altcoins yang berhadapan dengan retracement mengikut rekod alamat wallets terkumpul.

Misalnya, Matic (MATIC) susut daripada 32 kepada 30 alamat wallets whale. Manakala, Decentraland (MANA) susut daripada 562 kepada 551. Raiden (RDN) menyaksikan penyusutan besar, daripada 51 kepada 45 sepanjang minggu lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat