3 Perkara Penting Yang Perlu Anda Fokus Pada Hari Ini

81

Adakah bekalan minyak mentah US akan terus melaporkan penurunan? (10.30 pm)

Laporan bekalan mingguan oleh Energy Information Administration (EIA) akan di keluarkan malam ini dengan jangkaan penurunan dua minggu berturut-turut.

Penganalisis menjangkakan penyusutan 756,000 tong bagi minggu yang berakhir pada 29 September.

Minggu ini harga minyak bergerak ke arah lebih rendah berikutan kebimbangan terhadap lebihan pengeluaran minyak mentah US serta kadar pematuhan syarat pemotongan OPEC yang jatuh pada bulan September.

Minyak mentah WTI tutup di paras $50.42 pada pasaran yang lepas, susut 16 sen

Fokus Euro dan Draghi (1.15 am, Khamis)

Pasangan matawang EUR/USD menjadi tumpuan utama hari ini dengan Presiden ECB, Mario Draghi dijadualkan memberi ucaptama di Pusat Lawatan ECB, Frankfurt pada jam 1.15 pagi waktu Malaysia.

Pada bulan yang lalu Dragi mengatakan ECB akan mula mengurangkan pembelian bon seawal bulan Oktober.

Euro semakin jatuh dan berada di bawah paras $1.18 berbanding dolar sejak Draghi mengumumkan hal tersebut.

Ucapan Yellen Antara Yang Di Nantikan (3.15 am, Khamis)

Para pelabur akan meneliti komen daripada pengerusi Fed, Janet Yellen yang dijadualkan berucap awal pagi esok dengan dolar sedikit melemah pada hari Selasa lalu.

Diikuti dua laporan berkenaan pasaran buruh sektor swasta dan aktiviti perkhidmatan yang dikeluarkan sebelum ucapan dan dijangka akan memberi petunjuk baru kepada pelabur tentang keadaan ekonomi semasa US.

Ahli ekonomi meramalkan penambahan 125,000 pekerjaan sektor swasta bagi bulan September berbanding 237,000 pekerjaan bulan sebelumnya.

Indeks perkhidmatan ISM (ISM non-manufacturing PMI)  dijangka akan mengeluarkan bacaan yang sedikit positif di paras 55.3

Sektor perkhidmatan merupakan komponen terpenting dalam ekonomi US, memegang hampir 80% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat