4 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (21-25 Disember 2020)

673

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Selasa 3.00 Petang): Bacaan akhir GDP UK untuk suku ketiga dijangka kekal tidak berubah pada 15.5% seperti bacaan awal. Pertumbuhan GDP dilihat lebih baik berbanding penyusutan pada suku sebelumnya.

Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Selasa 9.30 Malam): Bacaan ketiga dan terakhir bagi pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat untuk suku ketiga dijangka kekal pada bacaan sebelum ini yang mencatatkan lonjakan berbanding suku sebelumnya.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Jepun (Rabu 7.50 Pagi): Selepas keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada minggu lalu, pelabur akan meneliti butiran lanjut dalam minit mesyuarat untuk petunjuk lebih jelas polisi selanjutnya.

Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Rabu 9.30 Malam): Bacaan GDP bulanan Kanada yang terbaru untuk November akan menjadi tumpuan selepas penurunan pada bacaan pada bulan Oktober.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat