5 Matawang Kripto Yang Patut Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini

554

BTC

Aset digital ini kekal bergerak pada paras $11,137 untuk beberapa hari. Pelabur telah membeli ketika penyusutan pada paras sokongan $11,165 dengan jangkaan harga bakal meningkat semula.

Jika BTC berjaya melepasi garisan downtrend, BTC/USD bakal menguji semula paras rintangan $11,719. Secara tidak langsung, penembusan itu dapat meneruskan lonjakan pada paras sasaran awal, $12,000 dan seterusnya $12,460.

Walau bagaimanapun, sebaliknya jika BTC/USD gagal tembusi garisan halangan downtrend dan jatuh di bawah paras Exponential Moving Average (EMA) 20-hari, membawa harga BTC ke paras sokongan yang lebih rendah sekitar $10,500.

XLM

Stellar Lumens (XLM) tembusi di bawah paras sokongan Simple Moving Average 200 (SMA200) sekitar paras $0.077 pada 21 September, sebelum susut sehingga bawah paras $0.066841. Ini menunjukkan pembelian ketika lonjakan pada tahap yang lebih rendah.

Pasangan matawang XLM/USD akan membawa kepada lonjakan harga melebihi rintangan $0.084584.

Sekiranya XLM/USD berada di atas SMA200, pelabur bakal menambah posisi belian di atas $0.084584. Jika berjaya, tidak mustahil jika berlakunya perubahan trend menaik terbaru hingga cecah $0.10.

CRO

Pada 14 Okt, Crypto.com Coin (CRO) telah susut dan ditutup pada bawah paras sokongan $0.144743, dengan paras sasaran adalah pada nilai $0.10607.

Adapun lonjakan mungkin bertahan pada $0.121, menyokong SMA200. Lonjakan pada tahap tersebut akan menguji zon breakdown pada $0.144743. Dalam trend menurun, pelabur akan memilih posisi jualan sehingga ke paras  EMA 20 sekitar ($0.144).

Jika sebaliknya berlaku, ini menunjukkan sentimen CRO/USD menurun. Ketika ini pelabur akan sekali lagi menekan harga di bawah SMA 200. Jika berjaya, penurunan boleh mencecah $0.10607.

BNB

Sebelum ini, Binance Coin (BNB) susut dari $31.9798. Lonjakan harga membawa penyusutan itu ke tahap sokongan pada $29.5646.

Peningkatan di atas EMA20 ($29.06) dan RSI di atas 61, termasuk peningkatan SMA200 ($19.95) menunjukkan isyarat positif, kenaikan harga.

Jika pelabur mampu memdorong BNB/USD ke atas paras rintangan $32-$33.3888, tidak mustahil untuk momentum matawang tersebut akan kekal bertahan.

LTC

Litecoin (LTC) cuba untuk membentuk corak ‘head & shoulder‘ yang akan melengkapkan penembusan harga dan menutup dagangan di atas paras $51.50. Jika lonjakan berlaku, berjaya tembus paras Moving Average, LTC/USD mungkin dapat melonjak kepada $51.50.

Penembusan dan penutupan di atas paras tersebut akan mendorong trend bullish harga. Sasaran lebih tinggi harga seterusnya adalah pada paras $61.50.

Namun, andaian tersebut bakal berubah jika LTC/USD susut di bawah garisan trendline yang memberi isyarat trend menurun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat