6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (16-20 Ogos 2021)

1,601

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Selepas kenyataan hawkish oleh bank pusat England pada mesyuarat dasar yang terbaru, laporan data pekerjaan UK akan menjadi tumpuan untuk memberikan petunjuk terhadap hala tuju penetapan dasar oleh bank selepas ini. Bacaan data Jun lalu telah menunjukkan ekonomi kehilangan sekitar 114,000 pekerjaan dicatatkan.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 8.30 Malam): Jangkaan untuk kadar jualan runcit di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai yang merosot bakal menambahkan tekanan buat US dolar yang telah menyusut pada dagangan penghujung minggu lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Pelabur menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah kepada 0.50% semula selepas sekian lama mengekalkan kadar di paras 0.25%. Komen bernada hawkish bank pusat akan memacu dolar Kiwi ke paras lebih kukuh.

Data Inflasi AS (Rabu 2.00 Petang): Bacaan data inflasi tahunan UK yang akan diterbitkan pada minggu ini diunjur sedikit menurun kepada 2.3% selepas bacaan sebelum ini mencatatkan lonjakan ke paras tertinggi hampir 3 tahun ke paras 2.5%.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran minit bagi mesyuarat FOMC yang berlangsung pada penghujung Julai lalu yang menyaksikan penyusutan nilai US dolar selepas kenyataan dovish oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell berkenaan langkah pengurangan pembelian bon.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Bakal memberi tekanan terhadap dolar Aussie di penghujung minggu, ekonomi Australia dijangka akan kehilangan 46,000 pekerjaan untuk bulan Julai sementara kadar pengangguran juga diramalkan meningkat kepada 5.0% berbanding 4.9% sebelumnya berikutan terjejas oleh gelombang Covid-19 yang terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat