7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 Ogos 2020)

1,276

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 9.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) akan menyediakan butiran minit mesyuarat yang diadakan pada awal bulan. RBA mengekalkan kadar faedah pada 0.25% sejak diturunkan ke paras tersebut sejak Mac. Nada dovish dari laporan minit bakal memberi tekanan buat matawang dolar Aussie.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Kadar inflasi di UK meningkat pada Jun dengan bacaan yang meningkat kepada 0.6% daripada 0.5% sebelumnya. Indeks harga pengguna terbaru diunjurkan sedikit lemah.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan kembali meneliti butiran terperinci minit mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) dengan beberapa kenyataan bernada dovish sebelum ini oleh Gabenor Jerome Powell yang memberi kesan penyusutan nilai terhadap US dolar.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan terbaru bagi kadar tuntutan faedah bagi rakyat yang kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat semakin menurun dengan pertama kali mencatatkan bacaan di bawah sejuta sejak data melonjak Mac lalu.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Aktiviti ekonomi di Eropah dilihat masih mencatatkan bacaan baik yang menunjukkan pengembangan berbanding penguncupan. Namun, bacaan terbaru dijangka akan merosot dengan terkesan oleh gelombang terbaru Coronavirus yang kembali melanda Eropah.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Aktiviti ekonomi di UK bakal dijangkakan merosot selepas ini susulan berita penutupan kota London sebagai langkah membendung penularan terbaru jangkitan pandemik.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Ekonomi Amerika Syarikat dilihat masih mampu mencatatkan bacaan data-data yang positif, namun pelabur kekal berwaspada dengan penularan membimbangkan wabak pandemik di kawasan-kawasan utama. Aktiviti ekonomi akan dinilai berdasarkan bacaan data yang dikeluarkan minggu ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat