Adakah BarnBridge (BOND) Berjaya Perolehi Kembali Momentum Bullish?

124

BarnBridge, sebuah protokol untuk risiko token, sejenis kewangan yang tidak berpusat (DeFi) lego, untuk mewujudkan token yang boleh didagangkan bagi mendedahkan pengguna kepada ketidaktentuan pasaran.

Dilancarkan pada September 2020 oleh Troy Murray dan Tyler Ward.

BarnBridge adalah projek yang memperluaskan fungsi DeFi untuk menjadikannya lebih fleksibel dan cekap, dimana boleh mengurangkan volatile untuk pelabur konservatif atau meningkatkannya untuk daytraders.

Kelebihan BarnBridge adalah bahawa ia boleh agregat hasil dengan pendapatan tetap dan meningkatkan kecekapan sistem, membantu menjadikan kemasukan kedalam industri kripto lebih diperibadikan dan diramalkan untuk pengguna.

Dari sudut pandangan kewangan tradisional, BarnBridge boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan perdagangan saham.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BOND/USDT.

Selepas BOND tersenarai dari Binance pada 5 Julai 2021, BOND telah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) diparas harga sekitar $42 dalam rekod pasaran.

Namun, pergerakan harga tidak mampu mengekalkan konsisten sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $20 akibat impak daripada ‘market crash’ yang belum pulih sepenuhnya.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar di atas paras sokongan sekitar $20 tersebut untuk memperolehi kembali momentum kenaikan yang lebih tinggi.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga berjaya memperolehi momentum tersebut, zon SBR (support become resistance) sekitar $22.5 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika BOND kembali menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon sokongan sekitar $20 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau membuat paras terendah sepanjang masa (ATL) terbaru.

Paras tersebut bakal menjadi kebimbangan dan pemerhatian seterusnya oleh para pelabur.

Ketika penulisan, BOND/USDT didagangkan pada harga sekitar $20 dengan nilai pasaran lebih $75 dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-300 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto BOND/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat