Adakah EUR/JPY Akan Meneruskan Siri Penurunan Harga Untuk Dagangan Penghujung Minggu?

411

Matawang Euro untuk dagangan penghujung minggu kekal lemah sementara pelabur menunggu data yang menjadi tumpuan utama pada malam ini iaitu bacaan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama 2019.

Ahli majlis bank pusat Eropah, Olli Rehn dalam ucapannya hari ini menyentuh berkenaan kadar faedah dalam temubual yang diadakan.

Beliau berkata beberapa ahli majlis berpendapat bahawa penetapan kadar faedah di paras yang rendah berkemungkinan akan berterusan sehingga tahun hadapan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pertumbuhan yang lemah, adalah perlu untuk bank pusat meneruskan dasar monetari yang merangsangkan ekonomi.

Persoalannya adalah pada tempoh kadar pertumbuhan ekonomi di zon Eropah yang perlahan. Jika situasi tersebut dikenalpasti sebagai pertumbuhan yang perlahan untuk jangka masa yang panjang, justeru dasar monetari yang longgar lebih diperlukan.

Faktor-faktor sebegini akan dibincangkan pada mesyuarat 5 Jun ini dan bank pusat akan mengambil keputusan yang terbaik berdasarkan situasi semasa.

Jika diperhatikan pada pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/JPY semalam, momentum penurunan harga jelas ditunjukkan dengan sekitar 100 pips penurunan dicatatkan semalam.

Harga yang turun dari paras Magic Pivot semalam menguji paras support 124.300 berhampiran support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum pergerakan harga mula mendatar.

Harga yang cuba membuat penurunan lebih rendah mencatatkan paras terendah yang baru sekitar paras 124.100 sebelum kembali membuat kenaikan ke paras Magic Pivot 124.590 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga gagal menembusi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, jangkaan kenaikan harga akan kembali menguji paras tumpuan pada 125.000 berhampiran paras resistance MagicR1 sebelum kenaikan lebih tinggi dilihat akan dituju pada sekitar 125.400.

Namun jika harga terus menyambung penurunan semalam, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada EUR/JPY berkemungkinan menuju ke paras sekitar support 123.565 (MagicS2) atau lebih rendah lagi boleh mencecah ke paras 122.923 (MagicS3).

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 123.948, 123.565, 122.923.

Paras resistance: 124.973, 125.615, 125.998.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat