Adakah Minggu Ini Akan Menyaksikan Pemulihan Harga Minyak Mentah?

75

Minyak mentah mengukuh di sesi Asia selepas pengumuman data pembuatan dari pengimport kedua terbesar dunia itu sedikit menyimpang dari jangkaan.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi penghantaran bulan September berubah kepada $ 41.59 setong selepas mencatat kerugian awal. Di ICE Futures Exchange di London, minyak Brent bagi penghantaran Oktober juga mencatat lonjakan sebanyak 0.28%.

Pada masa yang sama, Indeks Pembuatan Caixin melaporkan bacaan melebihi jangkaan pada bulan Julai iaitu 50.6.

Sebelum itu, China juga mengeluarkan Data Pembuatan Separuh Siap oleh Biro Perangkaan Negara dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China bagi bulan Julai. Data ini hanya menunjukkan nilai 49.9 daripada jangkaan 50.

Pada minggu depan, Amerika Syarikat bakal melaporkan data gaji bukan perladangan dan data ISM. Data simpanan mingguan Amerika Syarikat pada Selasa dan Rabu bakal menyaksikan data terkini bekalan dan permintaan.

Minggu lepas, niaga hadapan minyak pada akhir sesi dagangan Jumaat dicatat lebih tinggi. Data ini kembali pulih selepas harga jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih dari 3 bulan berturut-turut berikutan lebihan bekalan.

Pembekal minyak, Baker Hughes berkata pada hari Jumaat bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 3 hingga 374 buah. Peningkatan ini merupakan peningkatan kelapan dalam 9 minggu berturut-turut.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat, inventori meningkat sebanyak 452,000 tong minggu lepas. Walaupun musim memandu sedang memuncak di Amerika Syarikat, stok petrol masih melonjak tinggi melebihi julat purata.

Laporan juga menunjukkan bahawa jumlah inventori minyak mentah meningkat sebanyak 1.7 juta tong. EIA menganggap jumlah ini sebagai paras yang tertinggi dalam tahun ini.

 

Anda nak tahu skim pelaburan “scam” paling terkenal dalam sejarah? Apa kata klik artikel ini. Moga hari ini lebih bermanfaat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat