Adakah RBNZ Akan Tepati Ramalan Untuk Cetus Lonjakan NZD/USD?

174

Dolar New Zealand (NZD) menjadi tumpuan pada dagangan minggu ini selaras keputusan mesyuarat dasar monetari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang akan disuarakan pada awal sesi Asia Rabu.

Pasaran menjangkakan RBNZ bakal menaikkan kadar faedah pada mesyuarat edisi November yang secara tidak langsung akan menyokong bank pusat utama itu memasuki fasa pengetatan dasar polisi.

Sentimen pasaran yang ketika ini diselubungi risiko akibat penyebaran semula Covid-19 di beberapa negara ekonomi utama dan terus memberi implikasi positif kepada matawang USD sebagai safe-haven.

Meninjau kepada carta harga pasangan matawang NZD/USD, pergerakan harga dilihat telah menurun sekitar 50 pips pada penutup dagangan minggu lalu untuk menguji zon sokongan 0.70000 dan terus bergerak secara mendatar.

Nampaknya zon sokongan itu kekal menyokong pergerakan harga untuk memapar sedikit kenaikan di kala pembukaan dagangan minggu ini pada sesi Asia dan memasuki ke awal sesi Eropah hari ini (Isnin).

Corak mendatar masih lagi kelihatan dan harga tampaknya kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang kebiasaannya dijadikan sebagai isyarat awal kepada trend bearish.

Pergerakan harga akan menyaksikan percubaan dalam menguji zon SBR (support become resistance) 0.70500 dan dijangka ia mampu ditembusi untuk harga terus mendaki bagi mencapai zon SBR 0.71000.

Lonjakan yang lebih tinggi tersebut sama sekali akan melenyapkan corak mendatar yang dipamerkan sejak dari awal minggu lalu untuk jangkaan harga berupaya untuk kembali mempamer trend kenaikan.

Namun keupayaan untuk pergerakan harga pada carta NZD/USD juga tidak mustahil yang mana bakal memperlihatkan harga melepasi zon sokongan yang sering membantu semula lonjakan pada 0.70000.

Penyusutan yang drastik di bawah zon sokongan berkenaan akan mencatatkan paras terendah baharu dalam tempoh 6 minggu dengan jangkaan untuk mencecah zon sokongan seterusnya sekitar 0.69500.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat