Keuntungan Bersih Suku Ketiga Petronas Chemicals Naik 3x Ganda

220

Bonus akhir tahun untuk Petronas tahun ni macam banyak ja.

Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) memperlihatkan keuntungan bersih suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2021 (3QFY21) melonjak tiga kali ganda pada RM1.96 bilion dari RM471 juta yang dipacu oleh harga produk petrokimia yang tinggi.

Dalam pemfailan bursa pada Isnin bertarikh 22 November, PCG menyaksikan hasil suku ketiganya melonjak naik 67% pada RM5.8 bilion dari RM3.5 bilion ekoran harga minyak mentah yang tinggi, permintaan global yang meningkat dan persekitaran bekalan yang ketat.

Ia turut mengisytiharkan dividen khas bernilai 10 sen se saham yang berjumlah RM800 juta bakal dibayar pada 30 Disember.

Dalam satu kenyataan berasingan, pengarah urusan dan Ketua Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata kumpulan itu menjangkakan pemulihan pasaran adalah sederhana bermula 3QFY21 dan seterusnya.

Tambahnya lagi, harga produk mungkin kekal tinggi ekoran Taufan Ida yang melanda pada Ogos telah mengganggu bekalan di Amerika Utara dan loji urea di Timur Tengah yang tergendala seketika semasa pemulihan permintaan akibat daripada sekatan Covid-19.

Walaupun harga polimer menurun 5% berbanding 2QFY21, harga urea dan metanol melonjak tinggi pada 25% dan 10%.

Sazali turut menyatakan keadaan pasaran semasa memberi petanda baik untuk PCG.

Setakat tengah hari, PCG didagangkan kekal pada MR8.31 dengan nilainya pada RM66.48 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat