Aktiviti Sektor Pembuatan US Meleset Daripada Jangkaan

115

Aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan Amerika Syarikat meleset lebih daripada jangkaan pada Oktober, dalam laporan yang dikeluarkan pukul 10 malam tadi. Walaubagaimanapun, bacaan semasa kekal hampir dengan bacaan tertinggi sejak beberapa tahun lalu.

Institute of Supply Management (ISM) yang mengeluarkan data ini menunjukkan bacaan meleset kepada 58.7 dari 60.8 pada September. Jangkaan bagi data kali ini adalah kenaikan ke paras 59.5.

Indeks tempahan baru salah satu daripada komponen yang dikira dalam ISM non-manufacturing  jatuh kepada 63.4 dari 64.6 sebelum ini.

Indeks pekerjaan jatuh kepada 68.5 dari 71.5.

Indeks harga pula jatuh kepada 68.5 dari 71.5.

Bacaan yang melebihi 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang meningkat, sebaliknya pula bacaan di bawah 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang merosot.

Sejurus selepas data ini dikeluarkan, US dolar melemah semula selepas mendapat kesan positif daripada data ADP-NFP pukul 8.15 malam pada Rabu.

EUR/USD ketika ini pulih dari kejatuhan beberapa jam lepas dengan hanya meleset 0.08% setakat pukul 10.30 malam.

Manakala USD/JPY pula jatuh ketika ini selepas mencapai paras tertinggi di 114.27.

Emas pula semakin menghampiri paras tertinggi Rabu di 1280.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat