Amerika Syarikat Memperketatkan Lagi Sekatan Terhadap Iran.

542

Sentimen pasaran hari ini dilihat agak berhati-hati dengan pelabur kembali semula selepas cuti hujung minggu yang panjang sempena Easter Day. Para pelabur dikatakan sedang mencerna perkembangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran dan komen terbaru daripada pegawai Jepun menjelang mesyuarat dasar bank of Japan (BoJ) pada minggu ini.

Berlatarbelakangkan tindakan bercampur-campur dalam ekuiti di sesi Asia, pasangan matawang USD / JPY memecahkan perdagangan baru-baru ini ke arah bawah dan mencecah paras terendah mingguan pada 111.65 sebelum melantun semula ke 111.85 berikutan ucapan yang agak dovish daripada seorang pegawai senior BOJ (Maeda).

Beliau berkata semalam bahawa bank pusat bersedia untuk meningkatkan rangsangan jika ekonomi negara menunjukkan tanda-tanda kelemahan. “Jika momentum ekonomi untuk mencapai sasaran harga kami terancam, kami bersedia untuk meringankan dasar monetari yang diperlukan,” kata Maeda kepada parlimen.

Dolar Kanada sekali lagi dilihat sebagai matawang terkuat buat masa ini ekoran tindakan Amerika Syarikat yang menggesa pembeli minyak mentah Iran untuk menghentikan pembelian dari negara itu bermula 1 Mei atau berdepan tindakan sekatan oleh A.S. Hal ini sekaligus melonjakkan harga minyak mentah global.

Sementara itu, kedua-dua matawang Euro dan Pound didagangkan mendatar. Namun GBP dijangka cuba melantun dengan fokus pasaran terhadap negara ini adalah berkenaan rundingan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat