Amerika Syarikat Tekad Naikkan Kadar Tarif Terhadap Barangan Import China

895

Perkembangan terbaru bagi laporan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus menambahkan kegelisahan para pelabur.

Amerika Syarikat dilaporkan telah menaikkan kadar tarid terhadap barangan import China yang bernilai $200 bilion dolar daripada 10% kepada 25%. China menyatakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika tersebut dan akan memberi tindakan balas selepas ini.

Walaupun Amerika telah menaikkan kadar tarif, China masih lagi meneruskan rundingan pada hari ini. Rundingan pada hari ini berkemungkinan akan memberi fokus untuk kembali mencari jalan penyelesaian terhadap ketegangan rundingan.

Persoalan yang timbul adalah, apakah tindakan balas yang akan dilaksanakan oleh China untuk memberikan reaksi terhadap kenaikan tarif tersebut.

China sebelum ini telah mengenakan kadar tarif sekitar $110 bilion dolar terhadap barangan eksport Amerika Syarikat ke China, tetapi China hanya mempunyai jumlah barangan Amerika yang lebih kecil daripada sasaran mereka.

China berkemungkinan akan memperkenalkan kembali tambahan kadar tarif terhadap barangan auto dan bahagian-bahagiannya di mana sepatutnya berkuatkuasa pada 1 April lalu namun ditangguhkan. Pertanian turut akan menjadi tumpuan dalam rundingan termasuk produk sejukbeku dan kacang soya.

Situasi ini memberikan perspektif negatif terhadap pelabur dalam pasaran dengan risiko yang semakin meningkat selain menggugat pertumbuhan ekonomi global. Sentimen pasaran kekal berisiko sehingga dagangan pada minggu ini menutup tirainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat