Ini Perkara-Perkara Yang Perlu Diketahui Mengenai Saham Uber Sejak Pertama Kali Didagangkan!

331

Pada minggu yang lalu, Uber di Amerika Syarikat telah membuat debutnya yang pertama kali dengan dengan mengapung sahamnya di Bursa New York. Firma aplikasi teksi itu telah menetapkan harga sahamnya pada RM185 (AS$45) setiap satu saham.

Nilai transaksi Uber ialah sebanyak RM336 bilion (AS$82 bilion) dan mula didagangkan di New York pada Jumaat, 10 Mei.

Ramai pelabur yang optimis dengan hari pertama dagangannya. Walaubagaimanapun, prestasi sahamnya tidak begitu baik malah disifatkan sebagai salah satu rekod terburuk bagi saham syarikat teknologi bagi 10 tahun terakhir oleh Bloomberg apabila jatuh 7.6% pada hari pertama dagangannya kepada $41.06.

 

Menurut CFO Uber, Nelson Chai memberi komentar “bahawa hasil yang didapati kurang optimum dan mereka akan mengamati pergerakan dari masa ke semasa”.

Antara faktor lain yang mendorong kejatuhan saham Uber adalah perang dagang antara 2 negara ekonomi besar yang memberi kesan pada turun naik pasaran saham. Selain itu, kejatuhan saham Lyft juga turut menjadi salah satu faktor.

Saham Lyft telah jatuh sebanyak 15.2% semenjak penyenaraiannya Mac lalu dan pada hari pertama saham Uber didagangkan harga saham. Lyft sudah jatuh lebih dari 20% dari harga IPOnya.

Berdasarkan pada data, syarikat Twitter, Spotify dan Snapchat antara syarikat yang tidak mencatatkan sebarang keuntungan ketika proses penyenaraian awam.

Maka sekarang, selepas penyenaraian awam, harus dilihat bagaimana Uber mengurus hubungannya dengan para pemandu,isu gaji dan tumpuan geografi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat