Analisa Teknikal Mingguan 3 April – 7 April 2017

109

EUR/USD – Analisa Mingguan 3 April – 7 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, harga pasaran bagi EUR/USD minggu lalu bearish setelah ia gagal untuk breakout zone ‘Support Become Resistance’ iaitu Key Resistance yang berada di sekitar harga 1.0870 – 1.0950. Kejatuhan EUR/USD pada minggu lalu mencapai target mingguan dan direkodkan lebih kurang 200 pips bermula dari hari Selasa hingga Jumaat.

Pada minggu ini, jika diperhatikan momentum pergerakan EUR/USD masih dikuasai mood bearish dengan terbentuknya pattern ‘Three Black Crows’ pada minggu lalu. Jadi, harga EUR/USD minggu ini berpotensi untuk terus bearish atau melakukan sedikit retracement sebelum ia meneruskan pergerakan bearish. Dan target bearish adalah ke sekitar harga support terhampir iaitu 1.0600 atau ke harga yang lebih rendah iaitu 1.0530/00.

Oleh itu, peluang memasuki pasaran untuk ‘long’ boleh diperhatikan di sekitar target penurunan iaitu di harga support terhampir. Dan selagi ia tidak breakout Key Support 1.0500, harga EUR/USD berpotensi untuk kembali bullish setelah mengalami kejatuhan pada minggu lalu.

GBP/USD – Analisa Mingguan 3 April – 7 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga GBP/USD berjaya melakukan retracement penurunan sebelum ia bullish lebih kurang 160 pips dari harga sekitar Key Support mingguan yang berada pada harga 1.2350/1.2400. Jadi dengan momentum wave yang masih bullish ketika ini, GBP/USD dilihat berpotensi untuk mencapai harga di sekitar Key Resistance iaitu 1.2630 – 1.2725.

Dan sekiranya ia breakout Key Resistance mingguan ini, GBP/USD berpotensi mencapai ke harga yang lebih tinggi iaitu 1.2850/70. Jadi kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Support mingguan ini, GBP/USD masih dikuasai mood bullish ketika ini dan peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga Support terhampir 1.2460-1.2500 sebelum ia bullish.

AUD/USD – Analisa Mingguan 3 April – 7 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, harga AUD/USD minggu lalu mulai membuat kenaikan dari paras harga 0.7600 tetapi masih gagal untuk membentuk new HH ke harga yang lebih tinggi. Ia mulai bearish pada Khamis lalu seperti yang dinyatakan di Zon Traders.

Minggu ini, AUD/USD membuka pasaran awal minggu ini dengan melakukan pergerakan bearish lebih kurang 40 pips dan kini harga berada di sekitar harga psikologi iaitu 0.7600. Mengikut teknikal, AUD/USD berpotensi untuk breakout harga 0.7600 dan mencapai ke harga sekitar Key Support iaitu 0.7570 atau ke harga yang lebih rendah sekitar 0.7500 sebelum ia bullish semula.

Jadi, peluang terbaik yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga Key Support 0.7500 – 0.7530 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan pada minggu ini.

USD/JPY – Analisa Mingguan 3 April – 7 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, harga USD/JPY pada minggu lalu tidak berjaya untuk breakout Key Support 110.14/00 lalu membentuk new LL dan membuat kenaikan retracement lebih kurang 160 pips. Jadi, Key Support mingguan ini masih dikekalkan pada harga yang sama untuk minggu ini.

Secara teknikal, momentum wave masih dikuasai mood bearish(LH,LL,LH,LL) dan selagi ia tidak breakout harga sekitar 112.00-112.50, USD/JPY masih berpotensi tinggi untuk bearish pada minggu ini. Target penurunan jika ia gagal untuk breakout Key Resistance ini adalah ke sekitar harga Key Support dan sekiranya breakout, USD/JPY berpotensi untuk mencapai support seterusnya iaitu 109.30 atau ke harga yang lebih rendah bagi membentuk new LL.

Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga 112.00-112.50 sebelum ia bearish. Walaubagaimanapun, jika breakout resistance terhampir yang boleh dicapai adalah pada harga 113.70. Kesimpulannya, mood bearish masih dikuasai ketika ini.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 3 April – 7 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY minggu lalu gagal untuk breakout Key Support mingguan yang berada pada harga 137.50 dan telah membuat kenaikan retracement lebih kurang 230 pips ke sekitar harga Key Resistance. Dan jika diperhatikan, pergerakan GBP/JPY masih dalam range antara Key Resistance dan Key Support.

Mengikut teknikal, pergerakan wave ketika ini masih dalam momentum bearish dan selagi ia tidak breakout Key Resistance 140.30, kebarangkalian untuk ia bearish pada minggu ini masih tinggi. Sekiranya breakout Key Support pada minggu ini, harga GBP/JPY berpotensi untuk mencapai 136.00 bagi membentuk new LL.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Resistance, target kenaikan adalah ke sekitar 141.30 atau 142.50. Oleh itu, Key Support dan Key Resistance minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada akan dibreakout ataupun sebaliknya.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat