Analisis GOLD – Baru Ingin Papar Rentak, Emas Kembali Tersangkut Di Zon $1,780

928

Emas tampil ganas pada hujung minggu setelah dipengaruhi terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mencatat bacaan tahunan tertinggi sejak 1982 meskipun bacaan bulanan sedikit menyusut untuk bulan November.

Justeru faktor tersebut sama sekali telah merealisasikan peluang dalam memacu harga emas kembali melonjak di samping menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada pagi Khamis.

Dalam masa yang sama, keyakinan pelabur dilihat semakin meningkat untuk melihat Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian bon lebih awal seperti yang dinyatakan pada sebelum ini.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD menyaksikan lonjakan sekitar 200 pips di penutup dagangan minggu lalu yang sekali gus meranapkan trend bearish yang dipaparkan.

Setelah melonjak tinggi, harga emas tampaknya seakan membuat rebounce pada trendline resistance di sesi New York Jumaat sebelum kembali perlahan lalu menutup dagangan dengan candle bullish.

Ini juga menggambarkan bahawa harga emas masih lagi tidak mempunyai hala tuju yang tepat selaras dengan pergerakan yang terus kekal bergerak secara mendatar dalam tempoh masa sepanjang 9 hari.

Andai kata bacaan data inflasi AS yang memberangsangkan itu terus mempengaruhi lonjakan kepada harga emas, zon SBR (support become resistance) 1800.00 sudah semestiya bakal menjadi tumpuan.

Manakala petunjuk lebih ketara lagi dalam memberi gambaran kepada trend bullish yang utuh bakal diperkuatkan sekiranya harga terus melonjak untuk kembali mencapai ke zon SBR berikutnya 1830.00.

Namun dengan nada yang berbeza, zon sokongan 1760.00 akan terus kekal menjadi hala tuju pertama yang akan dicapai terlebih dahulu sekiranya harga emas terus mengekalkan semula penurunan harga.

Penurunan harga mengatasi zon sokongan berkenaan secara tidak langsung bakal mendorong harga mencipta paras terendah terbaharu yang dijangka akan kembali mencecah ke zon sokongan 1740.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat