Analisis GOLD – Dagangan Emas Merangkak Di Bawah Benteng $1,800

1,058

Cubaan untuk emas didagangkan di atas paras $1,800 masih gagal selepas kenaikan harga pada Jumaat lalu gagal bertahan lebih lama.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga susut semula di bawah paras 1800.00 pada Jumaat lalu selepas menguji zon rintangan tersebut.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada awal dagangan minggu ini berlegar di atas paras sokongan minggu lalu sekitar 1785.00.

Turut memberi isyarat bearish apabila harga yang membuat kenaikan pada sesi Asia pagi ini gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum susut semula pada awal sesi Eropah.

Jangkaan untuk US dolar mengukuh pada awal minggu ekoran pelabur berpandangan Federal Reserve (Fed) akan keluar daripada pelonggaran polisi, bakal menambahkan tekanan buat dagangan emas.

Penurunan lebih rendah pada pergerakan trend bearish bakal menuju paras-paras tumpuan harga sebelum ini pada support 1765.00 sebelum penurunan yang diteruskan menuju pula ke paras 1745.00.

Sebaliknya, pelabur akan menarik nafas lega sekiranya harga emas berjaya melonjak semula melepasi rintangan 1800.00 untuk isyarat awal perubahan trend bullish.

Antara zon rintangan yang bakal emas tempuhi adalah pada 1810.00 sebelum menguji pula rintangan 1830.00 yang dicapai pada awal September.

Melepasi rintangan-rintangan berikut bakal mendorong harga mencapai zon tumpuan pada ketinggian 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat