Analisis GOLD – Disangka Jatuh, Emas Lonjak Ke Paras $1,875

1,074

Menjadi perkhabaran gembira buat pelabur emas ketika dagangan Rabu semalam di mana harga emas kembali menunjukkan kenaikan semula.

Pada mulanya, menjelang pembukaan sesi New York harga dilihat kembali membuat penurunan seperti yang dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Namun, selepas harga turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, kenaikan dipamerkan semula melepasi paras 1850.00.

Lonjakan harga sekitar 370 pips ke paras sekitar 1870.00 membuatkan pelabur lebih yakin untuk nilai logam kuning itu terus bergerak lebih tinggi pada minggu ini.

Pergerakan harga yang bersambung pada Khamis dilihat lebih perlahan di sesi Asia manakala harga sedikit susut selepas menyentuh paras rintangan 1875.00 di awal sesi Eropah.

Jika rintangan tersebut gagal ditembusi harga, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan penurunan semula harga emas ke paras 1850.00 atau lebih rendah lagi menuju ke paras tumpuan 1800.00.

Sebaliknya, sekiranya harga berjaya melonjak melepasi rintangan 1875.00, kenaikan lebih tinggi harga disasarkan semula ke paras 1900.00.

Pelabur masih lagi meneliti dan memahami dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Joe Biden pada awal tempoh beliau berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Berkemungkinan terdapat dasar yang diusulkan akan mempengaruhi pandangan pelabur terhadap unjuran emas pada masa hadapan.

Lihat gambar carta pasangan harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat