Analisis GOLD – Emas Bersinar, Lonjak Ke Paras Tertinggi Terbaru!

790

Selepas suram di awal minggu semalam, emas bersinar lebih terang hari ini menyinari harapan baru para pelabur di tahun yang baru.

Berbanding pergerakan harga yang lebih mendatar semalam, emas membuat kejutan pada sesi Asia pagi ini dengan lonjakan mencapai paras ketinggian terbaru mengatasi paras dicapai pada penghujung Disember.

Walaupun berjaya catat peningkatan berbanding beberapa mata wang utama, US dolar lebih merosot berbanding dagangan safe-haven.

Justeru, emas sebagai aset safe-haven juga dilihat mendapat tarikan sekaligus mempamerkan lonjakan nilainya bersambung ke sesi Eropah petang ini.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak menembusi zon rintangan pada 1830.00.

Selepas harga emas bertahan di atas zon 1800.00 pada minggu lalu, terdapat isyarat untuk pergerakan bullish buat logam kuning itu apabila harga pada Isnin semalam berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pada dagangan semalam, harga cuma mencapai paras ketinggian pada sekitar 1825.00.

Setelah lonjakan berlaku hari ini, harga telah mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1850.00, menjadi rekod tertinggi 7 bulan.

Dengan corak bullish ditampilkan ini, harga emas berpotensi untuk dipacu menuju sasaran berikutnya pada ketinggian 1870.00 pula.

Namun, waspada sekiranya kejatuhan nilai emas berlaku semula, harga bakal susut kembali ke paras 1830.00 dengan reaksi menarik harga bakal dijangkakan.

Jika susut lebih rendah, harga akan mensasarkan semula zon penting pada 1800.00 dan pelabur meneliti petunjuk perubahan trend harga buat emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat