Analisis GOLD – Emas Mahu Tutup Minggu Ini Dengan Cemerlang!

1,152

Itu dia! Emas dah melonjak balik pada dagangan Khamis semalam, apa yang jadi?

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan lonjakan semula harga emas bermula pada sesi Eropah semalam selepas bergerak mendatar sepanjang sesi Asia sebelumnya.

Hal ini disebabkan oleh faktor penyusutan semula US dolar dalam pasaran yang menyebabkan bukan sahaja emas, malah kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran turut meningkat.

Harga yang pada mulanya mendatar di atas zon 1810.00 kemudiannya melonjak sehingga melepasi zon rintangan tumpuan pada 1830.00.

Kenaikan harga sehingga bersambung ke sesi New York telah mencapai ke zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Harga emas kemudiannya mendatar di bawah zon tersebut dan kenaikan harga pada dagangan Jumaat turut menguji rintangan penting itu.

Corak kenaikan harga emas di penghujung minggu cuba memberi isyarat untuk perubahan trend selepas harga kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebagai isyarat bullish.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menuju ke zon tumpuan berikutnya pada sekitar 1870.00 sebelu mensasarkan semula kenaikan lebih tinggi kepada 1900.00.

Namun waspada sekiranya harga menjunam semula untuk menutup dagangan minggu ini ke paras lebih rendah.

Harga bakal kembali menguji zon 1810.00 selepas penurunan awal yang melepasi dahulu paras 1830.00.

Zon support utama harga berada pada 1800.00 bakal menjadi tumpuan untuk menentukan arah pergerakan harga emas selanjutnya sama ada akan bertahan membuat kenaikan semula atau terus menyusut lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat