Bill Gates Nasihat Pelabur Kripto: “Jaga-Jaga Jika Anda Tak Sekaya Elon Musk”

8,425

Salah seorang jutawan dunia, Bill Gates mengaku dirinya tidak memiliki sebarang pelaburan di dalam mata wang kripto.

Menurutnya dalam sesi Ask Me Anything di platform Reddit semalam, pelaburan terhadap perkara yang menghasilkan keselesaan jauh lebih baik:

“Saya suka melabur di dalam perkara yang mempunyai hasil yang bernilai. Nilai sesebuah syarikat bergantung kepada penghasilan produknya yang berkualiti.

Nilai kripto pula berdasarkan keputusan orang lain yang membayarnya dan ia tidak memberi makna kepada masyarakat seperti pelaburan lain.”

Kenyataan beliau tidak mengejutkan kerana sebelum ini Gates awal-awal lagi menunjukkan reaksi skeptikal terhadap Bitcoin (BTC).

Pada Februari, figura ini pernah menyuarakan kebimbangannya terhadap pelabur kripto yang ditekan hari-hari kerana pasaran yang tidak menentu.

Contohnya insiden Terra (LUNA) dan TerraUSD (UST) pada minggu lepas yang banyak memberi iktibar kepada pelabur.

Bukan itu sahaja, sentimen negatif yang terpalit selepas pengumuman kenaikan kadar faedah dan tekanan dalam polisi kripto mengeruhkan lagi keadaan pergerakan BTC dan Ethereum (ETH) sepanjang Mei.

Nasihatnya lagi, “Berjaga-jaga jika anda tidak sekaya Elon Musk.

Barangkali beliau merujuk kepada kesanggupan seseorang pelabur untuk berdepan dengan kerugian ketika pasaran kripto runtuh kerana jika anda seorang jutawan, perkara itu hanya sebesar kuman je.

Betul tak?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat