Analisis GOLD – Emas Makin Kecundang Bawah Paras $2,000

1,881

Bukanlah tempoh yang menggembirakan pelabur emas untuk bulan Disember ini apabila terpaksa menyaksikan kejatuhan yang berterusan.

Memulakan dagangan di pembukaan awal minggu semalam, harga jatuh lagi di bawah paras $2,000, menyambung terjunan harga yang berlaku pada Jumaat lalu ketika reaksi data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

US dolar kukuh susulan komponen data pekerjaan untuk bulan November yang memberangsangkan sekaligus turut memberi tekanan kepada harga emas.

Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dari paras puncak tertinggi sepanjang masa yang dicapai pada awal Disember lalu sekitar 2144.00, harga telah menjunam hingga ke paras 2000.00 setakat minggu lalu.

Di minggu ini pula, harga terjun di bawah paras 2000.00 pada Isnin semalam dan mencecah paras 1976.00 di sesi New York.

Walaupun sedikit meningkat perlahan pada dagangan sesi Asia hari ini (Selasa), pergerakan harga masih kekal dalam trend bearish yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Jika corak penurunan diteruskan, harga yang melepasi zon 1970.00 seterusnya dijangka akan menuju zon tumpuan berikutnya yang berada pada 1950.00.

Kali terakhir harga didagangkan di zon tersebut adalah pada pertengahan November yang lalu dan tidak mustahil untuk harga jatuh lebih rendah melepasinya.

Namun jika harga berjaya melonjak dan mengatasi kembali paras 2000.00 yang menjadi rintangan terhampir, pelabur akan lebih optimis menjangkakan untuk harga meneruskan kenaikan semula.

Selepas turut melepasi halangan MA50, pergerakan bullish harga dijangka akan menuju semula 2030.00 sebelum sasaran beralih kepada 2050.00 jika kenaikan berjaya diteruskan.

Data inflasi AS akan diberi tumpuan pada malam ini sebelum mesyuarat FOMC pada awal Khamis dijangka akan memacu pergerakan emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat