Hanya Melabur $8K, Trader SHIB Untung $5.7 Bilion Dalam Setahun Je!

2,342

“Fulamak mesti bestkan kalau setiap orang dapat merasai nasib macam ni.”

Selama bertahun-tahun, pasaran mata wang kripto yang berjaya menarik ramai orang menyertainya telah menyebabkan banyak pihak menjana keuntungan sangat besar, jadi Shib Magazine kini ingin mendedahkan satu kisah luar biasa melibatkan seorang pelabur Shiba Inu (SHIB).

Pasukan di sebalik projek memecoin itu berkongsi terdapat pedagang yang membeli SHIB bernilai $8,000 pada Ogos 2020 kemudian pelaburannya bertukar menjadi $5.7 bilion pada Oktober 2021 apabila harganya naik secara besar-besaran.

Diperjelaskan lebih lanjut, pedagang misteri tersebut telah menghantar bertrilion SHIB ke wallet berbeza pada November 2021 semasa harganya berada pada paras tertinggi sepanjang masa untuk mencapai $0.000088.

Meskipun begitu, pedagang itu masih memegang sekitar 200 bilion SHIB bersamaan kira-kira $2 juta yang dikira pada kadar semasa.

Suka dimaklumkan bahawa harga SHIB baru-baru ini telah menyaksikan kenaikan ketara ketika seluruh pasaran kripto berada dalam momentum bullish sehingga menyebabkan Dogecoin (DOGE) turut mendaki hampir 30% dalam dua minggu lalu.

Menerusi pemerhatian, aliran keluar pertukaran SHIB telah mengatasi aliran masuk secara ketara, di mana peralihan sedemikian ke arah kaedah self-custody boleh dilihat sebagai kenaikan harga susulan ia menghilangkan tekanan jualan serta-merta.

Faktor lain yang mungkin akan mendorong kenaikan SHIB ialah kebangkitan semula musim memecoin susulan DOGE, Pepe Coin (PEPE), Floki Inu (FLOKI) dan Bonk Inu (BONK) adalah antara yang berprestasi terbaik.

Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB melonjak sebanyak 0.53% pada paras $0.00000969 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $5 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 8.87% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat