Analisis GOLD – Emas Tampil Bergaya Capai Sasaran Lepasi $1,850

1,435

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, akhirnya harga berjaya untuk memusnahkan tembok paling ‘kebal’ pada 1830.00 dan terus mendaki ke puncak.

Lonjakan itu juga mula memberi reaksi ketika penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam (Rabu) untuk terbang mencapai paras tertinggi yang terbaharu sekitar 1868.00.

Namun pergerakan harga dilihat sedikit menyusut pada penghujung sesi untuk uji zon RBS (resistance become support) 1850.00 sebelum meningkat semula pada sesi Eropah hari ini (Khamis).

Kebimbangan terhadap kadar inflasi AS yang tinggi dilihat menjadi jawapan mengapa harga emas berupaya untuk melonjak dan tarikan paling unggul bagi pelabur berbanding dolar greenback.

Dalam pada itu, krisis Evergrande yang kembali menghantui ketika ini makin hangat telah membuatkan sentimen pasaran berisiko dan memberi kelebihan kepada dagangan emas sebagai safe-haven.

Lonjakan tersebut juga sama sekali telah mengabaikan hasil perbendaharaan 10 tahun AS serta indeks dolar yang nampaknya turut mencapai tahap ketinggian terbaharu dalam tempoh 1 tahun.

Pelabur mungkin akan melihat kepada zon rintangan yang berikutnya pada 1880.00 untuk dicapai andai kata pergerakan harga emas berpotensi untuk mengekalkan momentum kenaikan lebih gah.

Manakala kemungkinan lonjakan yang lebih garang bakal menyaksikan harga menuju ke zon rintangan 1900.00 yang turut merupakan paras ketinggian yang pernah dicatatkan pada awal Jun.

Tetapi jika harga emas memberi semula impak untuk papar trend bearish, zon RBS 1850.00 dijangka akan menjadi tumpuan awal pelabur sebelum bakal terus susut ke zon paling utuh sekitar 1830.00.

Pergerakan harga mengatasi zon tersebut bakal memperlihatkan harga memberi bayangan untuk harga membuat perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat