USD Semakin Mara! Matawang Utama Terus Berdarah

729

Dolar Amerika meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Eropah dengan menyentuuh paras tertinggi sejak Julai 2020 berbanding kebanyakan matawang utama selepas disokong oleh data inflasi AS yang tinggi.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan meningkat pada sekitar harga 95.05 berbanding sekumpulan pesaing utamanya.

Kadar inflasi tahunan AS meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 3 dekad, menyebabkan pelabur optimis bahawa Federal Reserve (Fed) akan bertindak balas dengan menaikkan kadar

Selain itu, kekuatan matawang gergasi itu juga disokong oleh bacaan data tuntutan pengangguran AS yang terus menunjukkan penurunan pada minggu lepas sebanyak 267,000 daripada 271,000 direkodkan sebelumnya, tetapi sedikit tersasar dari jangkaan untuk turun sebanyak 257,000.

Turut mengiringi pengukuhan US dolar adalah hasil bon AS 10 tahun yang kembali menokok pada tahap 1.57%, sekali gus membenam matawang yen ke tahap terendah empat tahun berbanding USD.

Sementara matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand pula diheret jatuh ke paras terendah satu bulan berbanding dolar greenback, lebih-lebih lagi selepas data pekerjaan Australia yang mengecewakan menambah tekanan buat dolar Aussie.

Matawang euro pula terus didagangkan di sekitar paras terendah sejak Julai 2020 dengan diniagakan pada 1.1460 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat