Analisis GOLD – Emas Terus Bergolek Di Paras Terendah 2023!

953

Pergerakan pasaran penghujung minggu kekal tak menentu dengan tumpuan pelabur akan terarah pada terbitan data perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

US dolar dilihat masih mengekalkan corak pengukuhan nilainya, namun kehilangan momentum untuk dagangan beberapa hari ini ketika pelabur masih waspada terhadap arah pasaran yang agak bercampur.

Perubahan pada nilai US dolar akan mempengaruhi pergerakan pasaran emas yang diperhatikan memaparkan pergerakan mendatar sepanjang minggu ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan corak penurunan yang perlahan, tidak menunjukkan pergerakan yang agresif pada minggu ini.

Sejak Khamis semalam, harga telah bergerak di bawah paras penting 1830.00 yang kini menjadi rintangan buat harga.

Trend kekal bearish dengan harga terus berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta XAU/USD tersebut.

Sehingga menyambung dagangan ke sesi Eropah hari ini, harga mendatar di atas paras 1820.00 yang merupakan zon terendah untuk dagangan 2023 yang turut dicecah harga pada minggu lalu.

Penurunan lebih lanjut harga akan dijangkakan jika penyusutan di bawah paras tersebut berlaku.

Harga emas akan catatkan paras terendah yang terbaru lagi dengan sasaran seterusnya untuk menuju sekitar 1800.00.

Namun, tidak mustahil sekiranya di penghujung minggu ini menyaksikan lonjakan secara tiba-tiba oleh emas untuk berada semula di atas paras 1830.00.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji rintangan mingguan sekitar 1845.00 sebelum ke zon rintangan penting pada 1870.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat