Analisis GOLD – Gagal Lepasi $1,640, Emas Bakal Susut Hingga $1,600?

778

Dagangan komoditi emas yang dipengaruhi oleh pergerakan semasa mata wang US dolar dilihat masih suram dengan corak penurunan yang dipaparkan pada carta harga.

Walaupun momentum pengukuhan US dolar dilihat lebih mereda, namun masih lagi menunjukkan pengukuhan yang positif, cuma kurang agresif berbanding minggu lalu.

Justeru, dapat dilihat dagangan emas sedikit ‘bernafas’ semalam, namun tidak berjaya menahan asakan lanjut emas sebelum harga emas sambung susut di sesi New York semalam sehingga dagangan hari ini (Rabu).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat menyambung penyusutan semula selepas kenaikan yang dipaparkan sejak sesi Asia semalam terhalang pada rintangan zon 1640.00.

Di sekitar tersebut juga melihatkan harga turut memberi reaksi terhadap paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD. Gagal melepasi halangan tersebut menunjukkan emas masih berada dalam trend bearish.

Penurunan dilanjutkan dari zon 1640.00 tersebut sehingga dilihat melepasi paras terendah dicecah awal minggu sekitar 1621.00 dengan pergerakan harga di sesi Eropah mencecah sekitar 1615.00.

Dengan corak bearish yang dipaparkan, penganalisis menjangkakan penurunan harga bakal diteruskan menuju ke sekitar 1600.00.

Menjadi tumpuan pada paras tersebut, harga emas akan terus mencatatkan rekod terendah terbaru 2 tahun.

Namun, jika harga membuat kenaikan semula, rintangan pada zon 1640.00 akan kembali diuji sekali lagi selepas gagal melepasinya semalam.

Berjaya melepasi halangan tersebut dan turut menembusi MA50, akan menjadi isyarat perubahan trend bullish buat emas dengan sasaran selanjutnya untuk meningkat menuju zon 1657.00.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi yang diteruskan bakal menuju pula ke zon rintangan yang menjadi tumpuan minggu lalu iaitu pada 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat