Jual Filem Makin Susah Nak Laku, Netflix Ceburi Bidang Game Pula!

185

‘Patutlah baru-baru ni banyak drama atau movie berdasarkan permainan je dalam library Netflix.’

Netflix Inc dilihat cuba memperkasakan semula jenamanya dengan menceburi industri permainan video.

Difahamkan Netflix sedang berusaha untuk menubuhkan studio permainannya sendiri yang akan diterajui oleh bekas eksekutif Zynga dan Electronic Arts (EA), Marko Lastikka.

Perkembangan terbaharu ini telah disahkan naib Presiden Netflix Game Studio, Amir Rahimi, dengan mengumumkan syarikat akan menubuhkan ‘studio permainan bertaraf dunia tanpa iklan atau keperluan pembayaran lebihan’.

Sebagai makluman, Netflix kini sedang berjinak-jinak dalam permainan video mudah alih selepas memperoleh sebuah syarikat permainan Night School Studio.

Pada Mac tahun ini syarikat telah bekerjasama dengan sebuah firma permainan Finland, Next Games untuk mencipta permainan berdasarkan siri popular Stranger Things.

Keputusan Netflix ini dilihat adalah sebahagian usaha baru syarikat untuk memperkukuhkan semula syarikat selepas mengalami penyusutan 200,00 pengguna berbayar awal tahun ini.

Penyusutan prestasi tersebut turut menyaksikan saham syarikat menjunam 35% atau bersamaan dengan kira-kira $50 bilion permodalan pasaran, iaitu keputusan terburuknya sejak 2011.

Berbalik ke berita asal, Netflix turut merancang untuk mencipta permainan video yang bukan sahaja berfokus kepada permainan pada peranti mudah alih sahaja.

Setakat penulisan artikel ini saham Netflix didagangkan naik 0.13% pada $224.36.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat