Analisis GOLD – Hanya Tempoh 2 Hari Nilai Emas Melonjak $40

1,069

Harga emas melonjak tinggi pada dagangan penghujung minggu selepas US dolar mengalami penyusutan ketara terkesan oleh keputusan mesyuarat FOMC.

Bertambah parah lagi apabila data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam tidak memberangsangkan.

Bacaan pertumbuhan ekonomi AS pada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua gagal mencapai jangkaan peningkatan, tetapi sedikit meningkat berbanding bacaan sebelumnya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga melonjak sehingga ke paras sekitar 1832.00 untuk menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada 2 minggu yang lalu.

Kenaikan semalam dilihat telah menyambung lonjakan harga pada hari sebelumnya dari paras 1800.00 selepas harga bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish.

Walaupun pergerakan harga yang bersambung pada Jumaat kembali perlahan pada sesi Asia dan Eropah, pelabur menjangkakan harga emas akan menutup dagangan di paras lebih tinggi.

Melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam, harga dijangka akan meneruskan kenaikan untuk menguji kembali zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Sekiranya harga susut semula ke bawah paras 1820.00, penurunan boleh kembali semula ke zon sokongan 1800.00 yang menjadi tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini.

Jika zon tersebut sudah tidak mampu membendung kejatuhan harga lebih rendah, pelabur akan bersiap sedia untuk trend bearish pergerakan emas semula.

Penurunan di bawah paras 1800.00 dilihat akan menuju ke paras tumpuan sebelum ini di sekitar 1765.00 dan 1745.00 atau lebih rendah lagi mencecah ke zon harga 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat