Analisis GOLD – Harga Bangkit Semula Di Atas Paras $1,800

1,117

Selepas berpeluh pelabur emas melihat kejatuhan ketara logam kuning itu pada minggu lalu, penghujung dagangan minggu lalu melihatkan harga emas mula pamerkan kenaikan semula.

Kejatuhan harga emas dalam pasaran pada minggu lalu didorong oleh pengukuhan pada mata wang US dolar dengan harapan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mencatatkan kejatuhan sejak awal minggu lalu sehingga melepasi bawah paras 1800.00.

Namun pada Khamis lalu, harga yang mencecah paras terendah mingguan sekitar 1785.00 kembali menunjukkan kenaikan semula di atas paras 1800.00 menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Harga menyambung kenaikan sehingga dagangan minggu lalu berakhir susulan laporan data NFP AS diterbitkan dengan bacaan kurang memberangsangkan yang menyebabkan penyusutan pada nilai US dolar semula.

Bersambung pada dagangan permulaan minggu ini, harga emas bergerak mendatar dan menguji semula zon rintangan 1820.00 sebelum ini.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga menjadi petunjuk awal untuk perubahan trend harga emas.

Jika harga berjaya melonjak melepasi rintangan 1820.00, kenaikan semula harga disasarkan sehingga ke paras rintangan tumpuan sebelum ini sekitar 1850.00.

Sebaliknya jika harga menyambung semula trend penurunan minggu lalu, harga bakal bergerak turun di bawah paras 1800.00 dan menguji sekali lagi paras 1785.00 sebagai support harga yang dicecah minggu lalu.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju paras sekitar 1765.00 untuk harga menguji zon support yang dicecah pada penghujung November tahun lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat