Analisis GOLD – Harga Terpacak Naik Ke Paras $1,920

1,005

Harga emas melonjak tinggi pada sesi New York semalam membuatkan para pelabur kembali tersenyum semula selepas berminggu-minggu menyaksikan kejatuhan berterusan.

Situasi yang berlaku adalah disebabkan oleh penyusutan pada mata wang US dolar yang ketara semalam susulan reaksi pada data yang diterbitkan.

Bacaan PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) catat bacaan yang merosot untuk bulan Ogos, menyusuli bacaan yang sama di Eropah.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang semula kepada harga emas untuk melonjak lebih tinggi pada minggu ini.

Menerusi carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah berjaya mendaki tinggi selepas melepasi paras 1900.00.

Kenaikan ketara harga dipamerkan di sesi New York sehingga harga mencapai paras ketinggian 1920.00 semula.

Pelabur telah bersedia dari awal minggu lagi untuk perubahan arah harga yang berlaku ini susulan pergerakan harga yang telah mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Sedikit berundur pada penutup sesi New York, harga emas kembali berlegar semula di paras 1920.00 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis).

Berkemungkinan kenaikan harga akan diteruskan pada sesi berikutnya dengan zon 1930.00 pula akan jadi tumpuan seterusnya.

Jika corak bullish berjaya dikekalkan, harga boleh mencapai semula hingga ke paras ketinggian 1950.00 yang turut menjadi tumpuan sebelum ini.

Namun tidak mustahil harga emas boleh alami kejatuhan semula dari paras 1920.00 semasa.

Penurunan harga dilihat akan kembali menuju semula zon 1900.00 sambil menguji paras sokongan MA50.

Terjun lebih rendah akan melihatkan support 1885.00 yang berjaya menghalang kejatuhan harga sebelum ini, bakal diuji semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat