Analisis GOLD – Jatuh Selepas FOMC, Emas Tersungkur Lagi!

1,780

Ada kenaikan pada nilai emas semalam, namun tidak bertahan lama apabila emas menyambung kejatuhan nilainya ke paras lebih rendah menuju penghujung minggu.

Jika melihat harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam dari paras 1785.00 sehingga ke zon sokongan harga 1765.00 selepas mesyuarat FOMC.

Pada dagangan Khamis semalam, US dolar kembali bergerak susut semula meleset berbanding jangkaan untuk meneruskan pengukuhan susulan kenyataan hawkish bank pusat.

Berbeza berbanding mata wang utama lain yang berjaya mengukuh semula berbanding US dolar, kenaikan emas hanya bertahan sementara menyentuh ketinggian 1776.00.

Kemudian pelabur menyaksikan harga sambung menjunam semula menembusi sokongan harga pada 1765.00 sehingga mencatatkan penurunan harian sekitar 380 pips ke zon support 1745.00 minggu lalu.

Cubaan harga emas untuk susut lebih rendah di bawah zon 1745.00 terbantut seketika apabila harga mula paparkan kenaikan semula pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan harga dilihat bakal menguji rintangan 1765.00 pada zon SBR (support become resistance) terbaru dan juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diuji untuk petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika halangan-halangan tersebut berjaya dilepasi, kenaikan harga akan kembali semula menguji zon SBR 1785.00 yang dicapai ketika kenaikan harga berlaku pada mesyuarat FOMC.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju pula ke zon tarikan harga emas sebelum ini pada sekitar zon 1800.00.

Sebaliknya jika kenaikan harga pada hari ini sekadar pembetulan harga, penurunan yang diteruskan semula akan menguji kembali support 1745.00.

Trend bearish yang lebih jelas akan mendorong jangkaan harga emas untuk susut semula sehingga ke zon tumpuan 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat