Analisis GOLD – Lonjakan Emas ‘Lemau’, Pelabur Resah Hampiri Penghujung Minggu

674

Pergerakan turun naik nilai emas pada dagangan Rabu semalam kian meresahkan para pelabur logam kuning itu apabila reaksi bercampur dalam pasaran dengan data-data ekonomi yang diterbitkan.

US dolar yang memacu pergerakan harga emas pada mulanya bergerak lemah ketika jangkaan data indeks harga pengeluar dan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) adalah suram menuju ke sesi New York.

Namun situasi berubah apabila data yang diterbitkan sememangnya mencatatkan bacaan yang buruk dan mencetus kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Justeru, US dolar yang kembali mengukuh menuju penutupan sesi New York semalam telah kembali menekan semula harga emas untuk jatuh.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga pada mulanya telah berjaya melonjak dari zon 1900.00.

Namun setelah mencapai ketinggian sekitar 1925.00, harga menjunam semula hampir menyentuh kembali zon 1900.00 tersebut.

Gagal meneruskan kenaikan, harga emas yang kembali berlegar semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) telah memberi petunjuk yang bearish untuk pergerakan harga selanjutnya.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), pergerakan harga perlahan pada sesi Asia dan Eropah di atas paras 1900.00 dan menguji paras MA50.

Sekiranya penurunan dilanjutkan, harga bakal turun di bawah paras 1900.00 sebelum menjalar lebih rendah menuju sehingga ke zon 1870.00 semula.

Pergerakan bearish harga emas yang jelas akan menjangkakan harga boleh mencecah semula sehingga paras 1830.00 atau 1800.00.

Namun, jika harga kekal bertahan di atas paras 1900.00, kenaikan harga mungkin akan dilihat kembali dan ketinggian terbaru berpotensi untuk dicatatkan lagi.

Melepasi ketinggian dicapai minggu ini, harga emas akan mensasarkan ke zon tumpuan berikutnya yang berada pada 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat