Analisis GOLD – Masih Gagal Tembus Paras Kritikal $1,900

1,222

Pergerakan harga emas pada minggu ini sekali lagi menarik perhatian para pelabur dengan kenaikan yang dipamerkan semalam selepas mendatar pada hari sebelumnya.

Pada awal minggu dapat diperhatikan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah meningkat menguji paras tumpuan 1900.00. Namun harga kembali jatuh semula selepas menyentuh paras tersebut.

Senario yang sama turut berulang pada sesi Asia pagi ini apabila harga yang menyambung kenaikan sejak sesi New York sebelumnya ke paras 1900.00 telah membuat penurunan semula.

Untuk tempoh 2 minggu dagangan, ini adalah kali ketiga harga menguji paras tumpuan 1900.00 namun gagal menembusi ke paras lebih tinggi.

Penurunan harga berkemungkinan akan ke paras sokongan 1875.00 semula sebelum cubaan kenaikan harga seterusnya.

Sesi Eropah melihatkan sedikit kenaikan harga dipamerkan.

Namun jika harga emas terus mengalami kejatuhan, harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1850.00.

Sebaliknya jika harga emas berjaya melonjak di atas paras 1900.00, pelabur berkemungkinan akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi diteruskan dengan paras-paras tumpuan pada 1910.00 dan 1938.00 akan diperhatikan.

Sentimen pasaran masih tertumpu terhadap perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS yang turut memberi kesan terhadap nilai emas dalam pasaran semasa.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat