Analisis GOLD – Mungkinkah Emas Akan Kembali Rancak Minggu Ini?

1,888

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah menampilkan terjunan melebihi 300 pips daripada paras tertinggi 5 bulan yang dicapai minggu lalu sekitar 1880.00.

Namun zon RBS (resistance become support) 1850.00 terus mengukuhkan potensi dalam mengekang daripada kejatuhan yang ketara serta mengekalkan pergerakan harga emas kekal bergerak mendatar.

Dagangan emas turut dilihat mula menterjemahkan isyarat awal penurunan setelah harga terus didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat perubahan trend bakal berlaku.

Lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) dan keghairahan dolar greenback untuk mencapai semula paras tertinggi sama sekali terus meranapkan impian emas daripada terus pamerkan aksi cemerlang.

Pengaruh tersebut juga dikuatkan lagi oleh jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melakukan langkah tapering setelah ahli Fed mengeluarkan cadangan untuk meningkatkan kadar faedah dengan segera.

Membantutkan usaha emas daripada terus melonjak adalah susulan sentimen pasaran berisiko akibat lonjakan semula kes Covid-19 yang menyebabkan pasaran lebih tertarik kepada dolar greenback untuk meningkatkan pegangan tunai.

Sekiranya harga pada carta XAU/USD terus tersungkur untuk mempamerkan penurunan, zon RBS yang berikutnya pada 1830.00 dilihat akan diuji andai kata zon RBS 1850.00 pada ketika ini mampu untuk dilepasi.

Penurunan yang lebih rendah pula akan menyaksikan harga emas menuju zon rintangan pada sebelum ini pada 1800.00 untuk kembali menjadi zon RBS paling kukuh dalam menilai isyarat bearish yang jelas.

Keupayaan untuk harga emas melonjak gah bakal disaksikan andai kata harga berjaya menguji semula zon rintangan 1880.00 dan juga paras ketinggian 5 bulan sebelum kekal mendaki ke puncak tertinggi.

Pendakian ke puncak tertinggi akan memperlihatkan pergerakan harga emas menuju ke zon rintangan sekitar 1900.00-1910.00 sebelum dinilai oleh pelabur bagi menjangkakan sasaran yang selanjutnya lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat