Analisis GOLD – NFP Dijangka Buat Harga Emas Berkocak?

1,990

Dagangan emas pada Khamis semalam tidak menunjukkan pergerakan ketara pada Khamis semalam dan masih mengundang gelisah para pelabur dengan risiko di penghujung minggu.

Tumpuan kini sedang terarah kepada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi dan dijangka akan mencetus pergerakan drastik pada harga emas.

Pengukuhan US dolar akan menekan harga emas susut, sementara jika US dolar melemah pula harga emas berpotensi untuk melonjak.

Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dolar sejak minggu lalu.

Telah beberapa kali harga menguji zon penting 2000.00 yang menjadi rintangan menghalang harga untuk terus ke paras lebih tinggi.

Sehingga Khamis semalam, harga mendatar di atas zon 1980.00 sehingga ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat) dengan paras terendah mingguan telah dicatatkan pada Rabu mencecah 1970.00.

Sekiranya kenaikan harga emas berlaku pada dagangan sesi-sesi akhir minggu ini, zon rintangan 2000.00 bakal diuji lagi.

Tidak mustahil untuk harga terus melambung tinggi jika US dolar ketara susut nilai dengan mendadak selepas laporan NFP diterbitkan dengan sasaran harga akan beralih kepada 2050.00.

Sementara, untuk ramalan bagi pergerakan menurun harga pula, jatuh di bawah paras 1980.00 akan menjangkakan harga menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1950.00.

Tembus lebih rendah akan memberi isyarat untuk kejatuhan diteruskan lagi pada dagangan minggu berikutnya untuk emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat