Analisis GOLD – Pelabur Kecewa Emas Kembali Susut Ke Zon $1,830

693

Sedikit mengecewakan buat pelabur emas apabila menyaksikan penyusutan semula nilai logam kuning itu selepas berjaya mencapai paras harga tertinggi 7 bulan.

Sesi New York semalam menyaksikan US dolar kembali mengukuh setelah reaksi pelabur terhadap terbitan laporan data pekerjaan swasta di Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan angka yang meningkat tinggi di bulan Disember mengatasi jangkaan serta bacaan bulan sebelum ini.

Pengukuhan US dolar tersebut sekaligus memberi tekanan semula kepada dagangan emas yang mula memaparkan penurunan nilainya semula semalam.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai paras tertinggi minggu ini sekitar 1865.00 pada Rabu lalu.

Namun penurunan harga disaksikan semula Khamis semalam menuju kembali zon RBS (resistance become support) 1830.00 yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga.

Harga dilihat melantun semula di zon RBS tersebut dan berlegar perlahan di sekitarnya sehingga dagangan bersambung ke hari ini (Jumaat).

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia dan Eropah sementara pelabur berkemungkinan sedang berwaspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS sebentar lagi di sesi New York.

Setelah harga mula bergerak kembali di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend harga untuk emas.

Jika harga menyambung penurunan lebih rendah di bawah zon RBS 1830.00, harga dilihat akan kembali menuju semula zon tumpuan penting pada 1800.00.

Sekiranya zon tersebut juga ditembusi, penurunan lanjut harga boleh mencecah sehingga sekitar 1780.00 atau 1760.00.

Namun jika harga meneruskan lonjakan dari zon 1830.00 tersebut, kenaikan harga akan menuju semula ke sasaran zon rintangan 1870.00.

Mengatasi paras yang dicapai pada Rabu lalu akan catatkan paras tertinggi terbaru emas 7 bulan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat