Analisis GOLD – Positif Buat Emas, Harga Tembus Semula Paras $1,800

1,514

Kembali menceriakan para pelabur emas apabila logam kuning berharga itu pamerkan lonjakan semula pada penutupan dagangan minggu lalu.

Dengan penyusutan ketara nilai US dolar dalam pasaran telah mendorong harga emas meningkat lebih tinggi semula.

Situasi ini dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap komen bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan petunjuk dasar monetari pada acara tahunan persidangan Jackson Hole penghujung minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak semula di atas paras 1800.00.

Pada mulanya, dagangan menuju ke penghujung minggu lalu menunjukkan penurunan harga di bawah paras 1800.00 membawa keresahan kepada pelabur untuk isyarat pergerakan bearish tersebut.

Namun, kenyataan dovish Powell telah mencetuskan lonjakan semula dan dijangkakan untuk harga emas meningkat lebih tinggi pada minggu ini selepas pergerakan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebagai isyarat bullish.

Mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1823.00, kenaikan tersebut telah berjaya mengatasi rintangan sebelumnya pada zon 1810.00.

Kini zon rintangan 1830.00 akan menjadi sasaran untuk diuji bagi kenaikan yang bakal diteruskan di awal minggu ini.

Seterusnya, harga emas dijangka untuk meningkat lebih tinggi menuju kembali ke zon tumpuan 1850.00 selepas harga menjunam di bawah zon ini pada dagangan Jun lalu.

Untuk situasi penurunan harga pula, zon 1800.00 dilihat sebagai paras sokongan harga semula yang diharapkan untuk membendung kejatuhan lebih parah harga emas.

Sebaliknya jika harga terus menjunam di bawah zon tersebut, paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1765.00 dan 1745.00 akan menjadi zon tarikan harga dan perlu diberi perhatian pelabur.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat