Analisis GOLD – Sekarang Emas Nak Cuba Tembus $1,720 Pula

865

Pelabur meneliti pergerakan harga emas pada carta XAU/USD yang mengukur nilai logam kuning itu berbanding US dolar selepas berlaku lonjakan ketara harga pada Selasa lalu.

Namun, corak yang dipamerkan seperti mengulangi pergerakan sebelum ini.

Jika diperhatikan, harga telah melonjak ke paras 1680.00 pada Jumaat lalu menutup dagangan di minggu tersebut, namun pergerakan harga mendatar di bawah zon 1680.00 pada Isnin lalu ketika pembukaan pasaran awal minggu.

Dan bersambung pada dagangan Selasa, harga sekali lagi melonjak sekitar 500 pips dengan paras ketinggian hampir menyentuh rintangan 1720.00.

Tetapi, sekali lagi harga menunjukkan pergerakan mendatar harga selepas berlaku lonjakan.

Dagangan pada Rabu semalam tidak menyambung kenaikan, sebaliknya mendatar selepas ‘mencucuk’ paras 1720.00 yang kekal menjadi rintangan buat harga emas ketika ini.

Masih berlegar di atas zon 1700.00, pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) juga masih memberi indikasi untuk trend bullish bakal diteruskan.

Harga perlu melepasi rintangan pada 1720.00 sebelum kenaikan bakal dilanjutkan menuju ke paras 1740.00.

Seterusnya, ketinggian pada 1760.00 pula akan menjadi tumpuan harga untuk catatkan paras tertinggi terbaru 11 minggu.

Namun jika harga emas menjunam semula di bawah zon 1700.00 dan tembusi sokongan MA50, ini bakal menjadi petanda negatif buat pelabur yang perlu bersedia untuk kejatuhan semula nilai komoditi itu.

Untuk jangkaan penurunan, harga bakal menguji paras 1680.00 yang sebelum ini menjadi zon rintangan buat harga selepas berjaya ditembusi Selasa lalu.

Penurunan lanjut yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke sekitar 1660.00 atau boleh susut lebih rendah ke sekitar 1640.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat