Analisis GOLD – Selepas Menjunam, Emas Mendaki Semula Di Penghujung Minggu

1,696

Dagangan emas kembali pamerkan pengukuhan pada penghujung minggu selepas pelabur kecewa menyaksikan harga jatuh ketara meleset berbanding jangkaan untuk meneruskan kenaikan.

Selepas mesyuarat FOMC yang mendorong penyusutan US dolar, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melonjak melepasi paras 1740.00 sehingga ke paras ketinggian 1755.00.

Namun harga kembali menjunam semula pada Khamis semalam ekoran pengukuhan US dolar yang disokong oleh peningkatan hasil bon AS ke paras ketinggian terbaru.

Kejatuhan harga sehingga 350 pips mencecah ke paras 1720.00 yang menjadi paras sokongan buat emas semasa.

Bersambung sehingga ke dagangan sesi Eropah pada Jumaat, harga pamerkan peningkatan semula dan pelabur menjangkakan untuk kenaikan yang lebih tinggi selepas harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian dicapai semalam sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Melepasi zon tersebut akan mendorong harga ke paras tumpuan utama iaitu 1800.00 yang dijangkakan pasaran.

Namun jika harga menjunam lebih rendah untuk trend bearish, harga dijangka akan kembali semula ke paras sokongan 1700.00 yang dicecah minggu lalu.

Penurunan lebih rendah akan ke paras support utama 1680.00 untuk harga menguji zon penting tersebut sekali lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat