Dewan Perwakilan AS Lulus RUU Pendatang Asing

278

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan usul bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang dibawa masuk secara haram ke AS serta pendatang yang mempunyai status perlindungan sementara.

Presiden AS, Joe Biden mahu Kongres meluluskan undang-undang untuk menyelesaikan masalah kerakyatan bagi hampir 11 juta pendatang asing yang tinggal di AS serta mewujudkan program visa sementara untuk pekerja migran dalam industri tertentu.

Semalam, Dewan Perwakilan meluluskan American Dream and Promise Act selepas menerima 228 undi yang menyokong manakala 197 undi menentang.

Keputusan berkenaan kemudiannya akan diserahkan ke Senat untuk dibahaskan.

Rang Undang-undang (RUU) tersebut juga membuka jalan bagi pendatang yang permohonan mereka yang ditangguhkan sebelum ini mendapatkan kewarganegaraan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat