Analisis GOLD – Tak Berdaya Naik, Emas Disedut Turun Ke $2,000 Semula

831

Pergerakan pasaran yang tidak menentu gagal memberi arah yang jelas pada dagangan emas di pembukaan awal minggu semalam.

Justeru, harga emas dilihat bergerak mendatar di sekitar zon $2,020, tidak menyambung penurunan minggu lalu dan tidak juga melonjak ke paras lebih tinggi.

Namun situasi berubah pada hari ini (Selasa), di mana harga emas mula menunjukkan kejatuhan di awal sesi Eropah selepas perlahan di sesi sebelumnya.

Situasi pergerakan harga dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan penurunan menuju zon tumpuan 2000.00.

Harga yang mula bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi indikasi untuk pergerakan bearish buat emas.

Dipercayai zon 2000.00 akan diuji dan reaksi harga akan diperhatikan untuk pelabur menilai isyarat pergerakan selanjutnya.

Jika US dolar kukuh menekan nilai emas semakin rendah, harga bakal menjunam di bawah zon 2000.00 dengan memaparkan pergerakan bearish yang lebih jelas.

Seterusnya, pelabur boleh menjangkakan penurunan harga akan diteruskan menuju pula paras tumpuan berikutnya iaitu pada zon 1950.00.

Namun jika harga emas masih kekal bertahan di atas paras 2000.00, pelabur optimis terhadap potensi lonjakan harga emas yang boleh berlaku.

Kenaikan semula yang melepasi halangan MA50 akan mendorong jangkaan awal menuju sekitar 2030.00 terlebih dahulu sebelum melanjutkan pendakian seterusnya untuk mencapai 2050.00.

Jika momentum berjaya dikekalkan, harga boleh mencapai semula ke zon ketinggian puncak sebelum ini pada 2070.00 hingga 2080.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat