Alamak! USD Tergelincir Menjelang Data Jualan Runcit AS

385

Greenback menyusut lebih jauh pada pembukaan dagangan sesi Eropah ketika tumpuan pelabur kini disasarkan kepada data jualan runcit Amerika Syarikat.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar jatuh pada sekitar harga 102.28.

Setelah mencatatkan penguncupan sebanyak 1.0% pada bulan Mac, pasaran menjangkakan jualan runcit AS kembali meningkat pada April kepada 0.8%.

Dalam pada itu, pasaran juga akan menumpukan fokus kepada pertemuan Presiden dengan penggubal dasar tertinggi Kongres pada hari ini untuk berbincang mengenai isu siling hutang.

Mata wang euro memaparkan peningkatan susulan penyusutan US dolar, dengan pelabur kini menantikan terbitan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW.

Sementara itu, pound melantun semula daripada kejatuhan yang dicatatkan selepas data pekerjaan UK dikeluarkan menunjukkan bacaan menyuramkan pada bulan Mac.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand kembali memulihkan beberapa kerugian selepas jatuh akibat data ekonomi China yang terus menunjukkan pemulihan tidak sekata pada bulan April.

Selain itu, dolar loonie turut meningkat menjelang penerbitan data inflasi Kanada pada sesi New York yang diunjurkan kekal tidak berubah pada 0.5% pada bulan April.

Mata wang yen pula sedikit berubah berbanding US dolar, dibataskan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kekal lebih kukuh.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat